Gelora Perasaan
Apa itu perasaan ? rasa ? rasa apa cinta ? sakit ? derita ? suka ? duka ? gembira ? keliru ? terlalu pelbagai perasaan yang berada di dalam perasaan manusia hingga aku kelu dihadapan papan taip. Sungguh sekarang aku sedang berperang dengan perasaan sendiri antara keliru dan kekuatan. Semenjak ini aku cuba menyayangi diri sendiri kerana bagi aku, dah cukup lama masa aku ambil dengan menyakiti diri sendiri dan membenci diri sendiri. Dah tiba masa untuk aku ambil sedikit keberanian dengan mencintai diri sendiri dan percayakan diri sendiri walaupun aku tahu ada sahaja manusia yang bersikap prejudis terhadap perubahan aku. Aku tahu susah untuk aku , aku cuba menggapai perasaan itu. This is battle within myself. Didalam aku cuba mencari jalan untuk aku menyayangi diri sendiri ini, banyak sangat rintangan. Serius aku berkata, aku tidak perlukan gossip murahan untuk menyayangi diri sendiri mahupun untuk terkenal. Aku manusia yang tidak perlukan perhatian orang ramai kerana bagi ak...