Gelora Perasaan
Apa itu perasaan ? rasa ? rasa apa cinta ? sakit ? derita ?
suka ? duka ? gembira ? keliru ? terlalu pelbagai perasaan yang berada di dalam perasaan manusia hingga aku kelu
dihadapan papan taip. Sungguh sekarang aku sedang berperang dengan perasaan
sendiri antara keliru dan kekuatan. Semenjak ini aku cuba menyayangi diri
sendiri kerana bagi aku, dah cukup lama masa aku ambil dengan menyakiti diri
sendiri dan membenci diri sendiri. Dah tiba masa untuk aku ambil sedikit
keberanian dengan mencintai diri sendiri dan percayakan diri sendiri walaupun
aku tahu ada sahaja manusia yang bersikap prejudis terhadap perubahan aku. Aku
tahu susah untuk aku , aku cuba menggapai perasaan itu. This is battle within
myself.
Didalam aku cuba mencari jalan untuk aku menyayangi diri
sendiri ini, banyak sangat rintangan. Serius aku berkata, aku tidak perlukan
gossip murahan untuk menyayangi diri sendiri mahupun untuk terkenal. Aku
manusia yang tidak perlukan perhatian orang ramai kerana bagi aku, dah terlalu
ramai abaikan perasaan aku sehingga aku sendiri terlalu sakit untuk menyedari
benda macam ini, ye aku menulis sebab tiada yang mendengar, aku tidak
memerlukan simpati manusia tentang diri aku. Satu je yang aku ada untuk luahkan
perasaan disini, diblog ini meskipun banyak yang ditapis dahulu sebelum dipost
kerana takut ada yang terjumpa link blog aku.
Ye, thread yang aku buat ini mengenai isu semasa diri aku sendirilah. Aku keliru, aku tak tahu nak ketawa atau menangis bila dipermainkan. Malukah aku? Gembirakah aku? Kali ini aku dipermain teruk oleh rakan aku disebabkan perselisihan faham sahaja. Mungkin ini kifarah pada diri aku juga kerana permulaan salah faham ini dari diri aku sendiri yang cuba menganiaya kawan sendiri tetapi berbalik pada aku dan asalnya benda yang kecil menjadi benda yang besar hingga ke pengetahuan pensyarah aku. Ya aku malu, sumpah aku malu kerana bagi aku benda ini tak benar. Dan aku sendiri tahu aku tak layak dicintai tetapi tidak perlu hingga ke tahap menghina aku. Hati aku perit .

Ada sahaja yang memberi cadangan , “kau mengaku jelah apa
salahnya , mulut manusia nanti berhenti jugak”. Sungguh aku mengikut pada
mulanya tetapi makin lama, semakin teruk cercaan manusia. Semakin diberi
dibiarkan semakin dipijak dengan penghinaan rasanya. Mungkin juga kerana aku
sendiri yang masih keliru dengan perasaan.
Bukan salah mereka yang ingin membuat jenaka, tetapi diri aku yang jiwanya tidak tetap. Tidak dapat menerima gurauan kerana takut diri ini goyah akibat jenaka yang sementara, takut perasaannya melekat, aku tahu betapa sakitnya jatuh tanpa bersambut. Cukup hanya sekali aku melalui perkara itu, tidak usah perkara itu terjadi lagi pada diri ini.
Dan sekali lagi air mata ini menitis akibat dia, dia yang aku cuba pertahankan perasaan ini meskipun hanya terdiam tanpa bicara. These tears represent you.

Ulasan
Catat Ulasan