Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Cinta Ali yang ikhlas

Imej
Berita itu sampai kepada Ali. Berita tentang gadis yang sungguh mempesonakannya, baik kesantunannya, ibadahnya, parasnya. Gadis yang sungguh mengagumkan! Khabar itu sangat mengejutkan. Puteri kesayangan sepupunya itu dilamar oleh sahabat yang paling akrab dengan Rasulullah. Lelaki yang berjuang dengan seluruh harta dan jiwanya. Lelaki yang menginfakkan seluruh hartanya pada perang badar. Lelaki yang pada hari pertamanya sebagai seorang muslim sahaja sudah berjaya menarik 6 orang untuk bersyahadah! Adakah iman dan akhlaqnya diragui? Tentu tidak! Dari sisi ekonomi, Abu Bakar seorang saudagar, insyaAllah lebih layak membahagiakan Fatimah. Ali hanyalah pemuda miskin daripada keluarga miskin. "Inilah persaudaraan dan cinta," gumam Ali. "Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku." ***** Namun takdir Allah terus mengatasi segalanya. Lamaran Abu Bakar ditolak dan Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapka