Internship Life

FINALLY DAH HAMPIR SETAHUN GENG TAK UPDATE !!

hahaha bukan setakat berdebu je ni tapi berhabuk habuk haaa..
nak update ni bila bila boleh tapi bila nak update je malas tahap tak lupa diri ouo.

Okayyyy ayuh mula disini, asyik cerita pasal sedih je dekat blog ni. Dahla sedih
takda orang nak pujuk pulak tu haha yelah bukan sapapun baca, orang yang mungkin
aku tuju pun tak akan baca, kalau baca pun tak akan terasa. Well, hidup aku rasa macam
dah tak perlukan anyone else selain dari family aku. Kawan for fun ramai je heeeee.

So harini aku nak cerita pasai the whole story of my Internshippppp !!!
aku internship dekat Langkawi Wildlife Park Langkawi as an Educator.

First and foremost, sumpah fun wehhh praktikal dekat sini or other else kau anak manja.
Sebab sini memang elaun tak la masyuk biashe biashe je tapi kerja penat lah.
Biasa la kerja apa je yang senang tapi bila aku banding kerja aku dengan member
yang praktikal dekat tour guide haji tu dia tak buat apapun weh, lipat sejadah telekung
kalau dekat musim haji pstu cuti raya haji sampai seminggu.
Tempat aku jangan harap la nak cuti, hari hari bukak tapi kalau macam perayaan tu
double la hehe, pastu WLP ni dekut cuti sikit mungkin dengan budak intern ja kot.
sebab aku accident waktu 2 minggu pertama pastu aku dapat la MC 2hari, sekali bhaii
kena ganti bhaii cuti MC tu, maksudnya dahla seminggu sehari ja cuti so akan ada seminggu
yang aku akan kerja full. Penat tu tak payah bawak bincang kalau baru 2 bulan pertama.
Lepas dari tu aku dah lali dengan kerja sebab time tu aku dah mula kenal erti fun

Dekat mana yang FUN sangat tuu ?
Educator sangat fun which mean kita educate customer yang datang dekat tempat tu,
dulu time aku intern situ banyak foreigner yang akan kata macam ni dekat aku
"you're living in the dream" sumpah mula mula aku macam penat weh mai pagi pagi
cuci small cages pa bala hahaa tapi tapi tapi aku mula sedar bila tinggal sebulan
lagi internship aku. Dekat sini aku sebak macam orang gila, time hari last pun aku
meramuu habis ayaq mata ekekeke. For me lah, selain Fun educate orang
fun bila kita handle haiwan dekat situ, Rakun, Ular, Macaw, Flamingo, Emu, Budgie,
Ferret, Cockatoo, Rusa and Rabbit. Ni list sikit sikit jela, kalau teringin nak tengok lagi
pi sendiri la hahaha. Bestnya bila hang dapat handle haiwan haiwan ni depa
pulak baik dengan hang, tapi tipulah kalau aku tak pernah gigit dengan Macaw
celaka natang tu ahhaha.. but and more but to go, I'm really living my dream.
Aku suka sembang dengan haiwan haiwan ni sebab hilang habis tension stress semua
boleh tengok muka muka depa yang innocent  + comel tahapp ahhhhh geramm.
pastu gelagat depa. Oh mai Adilah merindui semua haiwan disitu oh oh ohh . . .

Overall kalau bab dekat atas memang takda la yang aku tak puas hati
except perangai staff. Biasalah hang intern kot mohong la kalau
tak kena getah dengan staff hahaha, buli buli tu selalu la
suruh beli makanan sekali dua ok lg, mai nam soploh kali pungkoq dia la
hahaha, pastu suruh cover depa kemain lama tuddiaa nampak la buat kerja
sebab gaji takda nampak kesungguhan tu aduh aduh.
Takmau critic lebih lebih sebab kot depa ada masalah ka tu perangai macam tu.
Cumanya aku pun manusia jangan la buli aku sangat, aku penat gak
bukan staff ja penat, at least ampa penat dapat gaji masyuk gak la.
Intern takat elaun lepas minyak keta ja pun.

And lastly, aku suka explain dekat manusia mengenai haiwan yang
mana mula mula aku intern dulu ada gak la aku bohong banyak ekeke
pastu dekat sini aku jumpa ramai artis gak la antaranya : Fahrin Ahmad 1 family,
Wawa Zainal, Aeril Zafril, Asyallie, Dr Zakir Naik pun ada wehh,  Fauziah Latiff then my Fav vlogger
Aiman Azlan, isteri dia dengan anak dia how cute, first aku selisih time nakpi rehat je,
elok aku masuk section balik dekat crocodile time tu aku sembang dengan dia.
Ohmaigosh sangat starstruck tau sebab kagum sangat dengan dia dari dulu
and aku takleh goreng sangat sebab dia bijak hahaha but Allah dengar doa
aku time tu sebab teringin sangat sangat nak sembang dengan dia and isteri dia
such inspiration ahhhh !! Lepas habis sembang aku macam Allahu.. memang tak
sangka. Sultan Kedah juga selalu buat lawatan dekat sini, dah jadi macam
zoo angkat Sultan Kedah la dekat sini sebab dia banyak juga bagi haiwan
dari zoo dalam istana dekat sini. Raja Perlis pun aku jumpa. So well
I can say here, aku suka sangat sangat pengalaman yang aku dapat dekat sini.
Aku siap pernah masuk kandang buaya dimana takda staff educator perempuan yang pernah
masuk sebab tak berani. Tapi bagi aku its once in the lifetime, aku
nak cerita dekat anak cucu aku nanti pasal pengalaman yang tidak dilepaskan
hanya atas sebab takut :P.

Aku sekarang duk menganggur tak buat apa tapi, aku still baca
tentang haiwan apa semua mungkin sebab minat. Aku minat benda macam ni,
siap follow zoo dekat australia pastu banyak lagi sebab minat.
Zoo dekat luar negara pun quite nice la sebab banyak lagi interaction
haiwan dengan manusia so akan jadi benda yang knowledgeable bagi aku.

Okay that all yang aku boleh cerita setakat sekarang ini
so BYEEEE !!!



so this is me with the largest saltwater crocodile in WLP



 
MY FAV SARIP THE RACCOON






























Ulasan

  1. Assalamualaikum akak, boleh saya tanya? Akak intern kat sini ada disediakan tempat tinggal tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahuu, sorryy dik baru perasan comment ni. Time kami dulu yee ada disediakan. Tapi apapun kena call sendiri tanya ada tak lagi.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman mematangkan kita

Rant on Moments