Gelora Perasaan


Apa itu perasaan ? rasa ? rasa apa cinta ? sakit ? derita ? suka ? duka ? gembira ? keliru ? terlalu pelbagai perasaan yang berada di dalam perasaan manusia hingga aku kelu dihadapan papan taip. Sungguh sekarang aku sedang berperang dengan perasaan sendiri antara keliru dan kekuatan. Semenjak ini aku cuba menyayangi diri sendiri kerana bagi aku, dah cukup lama masa aku ambil dengan menyakiti diri sendiri dan membenci diri sendiri. Dah tiba masa untuk aku ambil sedikit keberanian dengan mencintai diri sendiri dan percayakan diri sendiri walaupun aku tahu ada sahaja manusia yang bersikap prejudis terhadap perubahan aku. Aku tahu susah untuk aku , aku cuba menggapai perasaan itu. This is battle within myself. 

Didalam aku cuba mencari jalan untuk aku menyayangi diri sendiri ini, banyak sangat rintangan. Serius aku berkata, aku tidak perlukan gossip murahan untuk menyayangi diri sendiri mahupun untuk terkenal. Aku manusia yang tidak perlukan perhatian orang ramai kerana bagi aku, dah terlalu ramai abaikan perasaan aku sehingga aku sendiri terlalu sakit untuk menyedari benda macam ini, ye aku menulis sebab tiada yang mendengar, aku tidak memerlukan simpati manusia tentang diri aku. Satu je yang aku ada untuk luahkan perasaan disini, diblog ini meskipun banyak yang ditapis dahulu sebelum dipost kerana takut ada yang terjumpa link blog aku.

Ye, thread yang aku buat ini mengenai isu semasa diri aku sendirilah. Aku keliru, aku tak tahu nak ketawa atau menangis bila dipermainkan. Malukah aku? Gembirakah aku? Kali ini aku dipermain teruk oleh rakan aku disebabkan perselisihan faham sahaja. Mungkin ini kifarah pada diri aku juga kerana permulaan salah faham ini dari diri aku sendiri yang cuba menganiaya kawan sendiri tetapi berbalik pada aku dan asalnya benda yang kecil menjadi benda yang besar hingga ke pengetahuan pensyarah aku. Ya aku malu, sumpah aku malu kerana bagi aku benda ini tak benar. Dan aku sendiri tahu aku tak layak dicintai tetapi tidak perlu hingga ke tahap menghina aku. Hati aku perit .

Ada sahaja yang memberi cadangan , “kau mengaku jelah apa salahnya , mulut manusia nanti berhenti jugak”. Sungguh aku mengikut pada mulanya tetapi makin lama, semakin teruk cercaan manusia. Semakin diberi dibiarkan semakin dipijak dengan penghinaan rasanya. Mungkin juga kerana aku sendiri yang masih keliru dengan perasaan.

Bukan salah mereka yang ingin membuat jenaka, tetapi diri aku yang jiwanya tidak tetap. Tidak dapat menerima gurauan kerana takut diri ini goyah akibat jenaka yang sementara, takut perasaannya melekat, aku tahu betapa sakitnya jatuh tanpa bersambut. Cukup hanya sekali aku melalui perkara itu, tidak usah perkara itu terjadi lagi pada diri ini.

Dan sekali lagi air mata ini menitis akibat dia, dia yang aku cuba pertahankan perasaan ini meskipun hanya terdiam tanpa bicara. These tears represent you.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman mematangkan kita

Rant on Moments

Internship Life